Wednesday, March 14, 2012

kahwin???.....bujang??

sebut sal kahwin macam best je tgk kawan2 aku kebanyakan dah mendirikan masjid...siap ada anak lagi..hahahah...aku?"no komen"..
kahwin memang mcm syok...tetapi...tanggungjawab dan amanah yang dipikul memang berat..huuhuh..lebih2 lagi kalau belum ada pendapatan ekonomi yang kukuh...umur pun dah mau masuk 24tahun...kira agak tua la jugak kan......tetapi yang merisaukan sekarang ni kebanyakan wanita lebih suka kepada lelaki yang jauh tua dan berduit..adakah ini hanya auta ataupun fakta?tetapi melihat kepada arus kemajuan dan pembangunan dari segi ekonomi dan aruspembangunan pada masa sekararang adalah menjadi satu trend apabila kebanyakan wanita muda akan berpasangan dengan lelaki lebih berumur serta berduit walaupun lelaki itu telahpun mempunyai isteri...apa akan jadi dengan lelaki muda??jeng..jeng...jeng...alamat kempunan la kaum adam yang masih muda2....hahahahahahha...

dah la sekarang nisbah perempuan lebih ramai daripada lelaki..mcm mana la x berlakunya hubung sesama sejenis/homoseksual/gay /lesbian...mcm2 dah berlaku...semakin maju semakin canggih pula sikap manusia...apa2 pun sama2 kita membantu meningkatkan martabat bangsa dan negara...cewah..mcm mau berperang suda..ok la...sekarang no idea dah..jumpa di len hari..hahaha

Sunday, February 12, 2012



Ya Rabbul Arifin,
Seandainya Kau telah takdirkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagian ini kekal abadi.

Ya Muhaimin,
Seiringkanlah kami,
Mengiringi kehidupan luas ini,
Ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin,
Seandainya dia telah Kau takdirkan bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontarkan bayangannya ke dada langit,
Hilang bersama senja merah,
Agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Qudus,
Gantikanlah yang telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya,
Biar sekuat mana aku mengasihinya,
Aku mohon kepadaMu Ya Allah,
Agar melenyapkan perasaan ini,
Seandainya benar dia ditakdirkan bukan untukku.

Tetapi seandainya dia telah ditakdirkan untuk diriku,
Aku mohon kasih dan sayang Mu Ya Allah,
Agar memperkuatkan kasih sayang ku padanya,
Selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Amin.

Monday, October 3, 2011

BERCINTA SEBELUM BERNIKAH?

Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan

Saturday, August 13, 2011

RAMADHAN UJIAN IMAN UMAT ISLAM

SETIAP Muslim memaklumi bahawa Ramadan adalah bulan suci yang penuh rahmat, bulan dilipat gandakan ganjaran pahala bagi setiap amal kebajikan, malah kedatangannya dianggap tamu agung yang wajar disambut dengan perasaan penuh gembira.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani) Umat Islam yang masih dikurniakan Allah dengan nikmat kesihatan dan dipanjangkan usia patut benar bersyukur kepada-Nya kerana dapat lagi menikmati suasana dan keberkatan bulan Ramadan 1432H ini, terutama untuk melaksanakan amalan puasa dengan sempurna dan sebaik-baiknya.

Golongan yang bersungguh-sungguh beriman sudah tentu sangat gembira dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keampunan yang munculnya hanya sekali dalam setahun.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)

Kegembiraan menyambut Ramadan dan mengerjakan amalan puasa itu bertambah lagi apabila mengingati segala dosa orang yang melaksanakan puasa (tentunya jika dengan benar-benar ikhlas) akan diampuni oleh Allah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang, iaitu sekiranya puasa itu ditunaikan dengan sempurna dan penuh penghayatan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang." (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup rapat sehingga tidak satu pun yang terbuka. Sebaliknya pintu syurga dibuka lebar dan tidak satu pun tertutup. Kemudian muncul seruan pada setiap malam: Hai orang yang baik, majulah, dan orang yang jahat, berhentilah. Dan Allah membebaskan beberapa penghuni neraka dan hal ini berlaku setiap malam bulan Ramadan." (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim) Memasuki Ramadan bermakna kita melangkah ke gerbang ujian dan latihan. Kita tentu tidak mahu puasa yang kita kerjakan dengan bersusah payah menahan lapar dan dahaga itu tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada Allah.

Ada baiknya kita merenung bagaimanakah cara Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Ramadan. Apa yang baginda lakukan ialah antaranya seperti banyak mengerjakan amalan kebajikan dan ibadah puasa.

Hal ini didasarkan kepada penjelasan sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah kadang-kadang terus menerus berpuasa sehingga kami mengatakan yang baginda tidak berbuka dan terkadang terus menerus berbuka sampai kami mengatakan yang baginda tidak pernah berpuasa sunat. Tetapi saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak melakukan puasa selain puasa pada bulan Syaaban."

Satu lagi cara Rasulullah menyambut Ramadan ialah dengan menyampaikan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menjelaskan kebesaran dan keagungan bulan Ramadan.

Pada satu kesempatan pada penghujung Syaaban, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah yang isinya amat menggembirakan dan menenangkan jiwa, yang mengandungi pesan dan janji-janji serta harapan bagi mereka yang beriman yang melaksanakan puasa itu.

Bunyi khutbah itu ialah: "Wahai manusia! Sudah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan dan Allah s.w.t. mewajibkan puasa di dalamnya, bangun di malam harinya merupakan sunnah. Barangsiapa menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan amal kebaikan, samalah dengan mengerjakan yang wajib di bulan lain. Siapa melaksanakan ibadah wajib (fardu), pahalanya seperti tujuh puluh yang wajib di bulan lain. Ramadan adalah bulan kesabaran manakala ganjaran atas kesabaran itu adalah syurga."

Bulan ini juga adalah bulan pertolongan dan bertambahnya rezeki. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan memperolehi keampunan atas segala dosanya, juga pembebasan daripada api neraka. Rasulullah kemudian ditanya oleh sahabat: Ya Rasulullah, tidak semuanya kami mampu berbuat demikian. Rasulullah secara tegas menjawab:

Ketahuilah, bahawa Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi makanan berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air ataupun sedikit susu."

Permulaan Ramadan adalah rahmat (kasih sayang), pertengahannya adalah pengampunan dosa manakala di akhir atau penghujungnya pembebasan daripada api neraka.

Perhatikan empat hal iaitu dua hal untuk keredaan Tuhan dan dua hal lagi untuk keperluan. Dua untuk Allah adalah: Engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan memperbanyak minat meminta ampun kepada Tuhanmu.

Untuk keperluan sendiri adalah: Mengharapkan syurga dari Allah dan berlindung kepada-Nya daripada seksa api neraka. Barangsiapa yang memberi minuman (berbuka) kepada orang berpuasa, Allah akan memberinya minum dari telaga (kausar), sekali minum tidak akan haus selamanya sampai ia masuk syurga dengan selamat. (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman al-Farisi). Demikian ringkasan khutbah Baginda.

Menyentuh apakah upacara khusus yang perlu dibuat bagi menyambut kehadiran Ramadan, Rasulullah tidak pula pernah memberikan contoh. Apa yang perlu diingat bahawa janganlah upacara atau persiapan yang akan dibuat itu banyak mengorbankan tenaga dan menghabiskan biaya, apalagi jika sampai melanggar susila keagamaan kerana ini adalah sesuatu yang tercela menurut Islam.

Apa yang sangat perlu dilakukan ialah benar-benar berusaha memahami ketentuan puasa itu agar amalan yang akan dilaksanakan benar-benar bersesuaian dengan ajaran dan petunjuk Nabi, sehingga amalan itu dapat memberi nilai tambah untuk bekalan menuju alam baqa'.

Oleh itu sudah sewajarnya pada bulan Ramadan, kita perlu bekalkan diri dengan ilmu, sekurang-kurangnya menyemak kembali hal yang berhubung dengan puasa dengan cara membaca buku-buku agama. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada puasa itu kecuali lapar dan dahaga.

Akhirnya marilah kita memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan cara memperbanyak amal soleh dan kebajikan kerana sesungguhnya Ramadan tidak selalu hadir dalam hidup kita.

Mana tahu kita tidak berkesempatan lagi menemui Ramadan pada tahun akan datang kerana tiada siapa yang mengetahui bilakah saat dan ketikanya kita dipanggil kembali ke sisi-Nya.


Thursday, July 28, 2011

PERPISAHAN INI- 1ST EDITION FEAT AIZAT AMDAN


Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

sekadar perkongsian kita bersama ......

Dalam hidup ini,

Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri………….

Tetapi……dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…

Mempunyai sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitulah juga dirinya,

Tetapi kita sering lupa akan hal itu.

Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya….?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering lupa…..

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,

Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,

Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,

Harapan dan impian juga kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang kita terlupa,

Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya…?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita…?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,

Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa

dan menyerah kalah…?

Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,

Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…

Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa….

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat….

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,

Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan….

Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan……

Kita tidak tahu…

Tetapi …jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu……

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan………….

WALLAHU’ALAM

Tuesday, July 26, 2011

Hanya Dalam Kenangan...SUKSIS UMS




Jejak kaki ke Sabah adalah satu harapan yang bermakna dalam hidup aku yang mana aku telah mendapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi Pembangunan Belia dan Komuniti.Kehidupan sebagai seorang mahasiswa banyak memberikan aku pengalaman dalam hidup berdikari.Di UMS aku telah masuk satu Badan Kokurikulum iaitu Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS) yang lebih ke arah membentuk jati diri dalam kepolisian.Aku telah berjaya menempatkan diri dalam SUKSIS yang akan menjalani latihan selama 3 tahun.Dalam tempoh tersebut,banyak yang telah aku pelajari yang mana aku telah mendapat ramai kenalan dari Sarawak,Sabah dan Semenanjung.Dalam itu juga ia memberikan pengalaman bergaul dengan orang yang datang dari negeri lain yang mempunyai gelagat,perangai,budaya dan juga pertuturan.Ini secara tidak langsung aku mempelajari dari mereka.Dalam SUKSIS kami telah dipilih dan menjadi pelatih siri 1/2008.Sekarang kami telah pun ditauliahkan pada 10/7/2011 di UTM,Skudai dan telah menghabiskan latihan bersama-sama.Segala kenangan pahit manis yang kami lalui tidak akan mudah luntur begitu sahaja,kerana setiap pelatih dalah siri1/2008 ada gelagatnya..hanya memori bersama akan terpahat dalam ingatan selama-lamanya.Hubungan yang terjalin sekian lama akan kekal hingga akhir hayat.Saya mengharapkan semua akan berjaya dengan haluan masing-masing dan memaafkan diri ini andai kata pernah melukai sama ada dalam bicara ataupun perbuatan..All te best SUKSIS 1/2008..moga coretan ini menjadi kenangan bersama.


masa tahun 1..muka masih suci lagi..heheeh
e..mcm muka budak2


masih budak hingusan..hehehe
posing dlu sebelum g lawatan Unit Udara Polis Kota Kinabalu.