Monday, July 25, 2011

Tauliah Kor SUKSIS 2011

semasa menungu terima sijil perlantikan  daripada KPN

Setelah 3 tahun mengikuti latihan kepolisan KOR-SUKSIS di Universiti Malaysia Sabah,pada 10 Julai 2011 adalah hari keramat di mana seluruh KOR SUKSIS IPTA  semalaysia telah berkampung selama 2 minggu bagi menjalani latihan kawat untuk persiapan tamat latihan tersebut. Selama 2 minggu kami menjalani latihan kawat yang dikendalikan oleh Jurulatih dari Pusat Latihan Polis dan Jurulatih dari Kor Sukisis semalaysia.Sepanjang minggu tersebut kami telah mengharungi segala latihan bagi memastikan pada hari kejadian ia berlaku dengan baik.Kami telah berkampung di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai yang telah dipilih sebagai tuan rumah dalam majlis ini.Apa yang penting adalah pengalaman yang ditimba dalam Kor Suksis di IPTA masing-masing telah memberikan seribu satu makna dalam diri kami.Kenangan dalam Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis IPTA Semalaysia siri 7 2011 adalah satu peristiwa yang akan dikenang sampai bila-bila.Majlis itu juga dihadiri oleh Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar.

bergambar bersama Pegawai Kehormat dan Jurulatih selepas perbarisan
(penat+gembira)


muka yang telah dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan..TUAN/PUAN!

gambar kenangan bersama KOMANDAN Kor Suksis UMS ACP/KS
                                                  Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur


INSPEKTOR KS Taufik &Yahya



No comments:

Post a Comment